SELAMAT DATANG KE KOMUNITI KAMPUNG PULAU SIPUTEH, PADANG SERA, KEDAH
Kampung Pulau Siputeh |
YB Dato Abu Hassan ketika merasmikan Majlis Pelancaran Bendera/Logo Kg. Pulau Siputeh |
Gerbang Masuk Kampung Pulau Siputeh |
Pada zaman pemerintahan Sultan Sulaiman I ibni AlmarhumSultan Ibrahim yang memerintah negeri Kedah selama 49 tahun di antara tahunMasihi 1374-1423 (775 - 826H), baginda bersemayam di Siputeh. Baginda adalahseorang Sultan yang suka kepada kedamaian dan rakyat negeri sangatlah taat dankasih kepada baginda.
Baginda sangat menggalakkan rakyatnya bercucuk-tanam dan menternak. Selain daripada itu, baginda suka melihat orang-orang bersilat dan baginda sendiri seorang yang handal dalam ilmu bersilat.Baginda berkahwin dengan seorang raja bernama Puteri Siputeh. Dengan usaha dan bijaksana Puteri Siputeh, negeri Kedah menjadi mewahdan makmur.
Baginda Sultan berputerikan dua orang puteri dengan Puteri Siputeh dan seorang daripadanya konon berdarah putih. Baginda sangatlah kasih kepada puteri yang berdarah putih itu lebih-lebih lagi rupa parasnya tiada tolok bandingnya pada masa itu. Pada zaman itu, negeri Acheh negeri yang terletak di utaraPulau Percha (Sumatera) sangatlah besar kuasa dan pengaruhnya dan Raja dan segala menteri hulubalang nya sangat gagah perkasa. Bukan sahaja rakyat Acheh gagah dan berani bahkan dari segi perniagaan pun mereka pandai dan cekap sertasangat rajin bercucuk tanam dan berternak.
Apabila kedengaran kepada Raja Acheh betapa makmur amannya negeri Kedah yang diperintah oleh Sultan Sulaiman di Siputeh dan sambil itu kedengaran pula baginda mempunyai seorang puteri yang sangat cantik rupawandan berdarah putih, datanglah cemburu di hatinya.
Berbalik kepada kisah dua orang puteri baginda Sultan yang tersebut di atas, Raja Acheh pula mempunyai seorang putera yang sangat muda remaja dan telah cukup umur. Dengan kerana Raja Acheh tidak berjaya menakluki negeri Kedah dengan kekerasan, ia pun menghantar seorang menterinya dan beberapa orang besar datang ke Siputeh dengan tujuan hendak meminang puteri Sultan yang berdarah putih itu. Angkatan menteri Acheh itu terdiri daripada tujuh puluh buah perahu penuh sesak dengan barang-barang hadiah daripada Raja Acheh kepada baginda Sultan Kedah dan untuk puteri yang hendak dipinang itu.
Angkatan menteri Acheh itu disambut oleh baginda Sultan dengan beberapa kemuliaan dan secara besar-besaran dan pinangan ke atas anaknya diterima dengan sukacitanya.
Baginda Sultan Sulaiman dengan kerana kasih kepada anaknya yang berdarah putih itu diberikannya anak yang seorang lagi itu berkahwin dengan anak Raja Acheh. Perbuatan ini menyebabkan kejatuhan Sultan Sulaiman. Istiadat perkahwinan itu telah disempurnakan di negeri Acheh secara besar-besaran mengikut keadaan zaman itu dan ramai raja negeri yangberjiran telah dijemput untuk hadir bersama. Setelah selesai upacaraperkahwinan itu dilaksanakan, putera dan puteri hidup bersama dalam keadaan rukun dan damai.
Hendak dijadikan cerita, pada suatu hari, sewaktu puteri yang baru berkahwin itu mengacip pinang, secara tidak sengaja telah terkacip jarinya dan berdarah. Darah yang keluar itu berwarna merah dan bukannya putih seperti yang dimegah-megahkan. Perkhabaran itu kedengaranlah kepada Raja Acheh. Baginda sangatlah murka kerana katanya ia telah diperdayakan oleh Sultan Sulaiman; diberikan anak yang berdarah merah berkahwin dengan puteranya danbukan yang berdarah putih seperti yang di janji dan dipinangkan.
Baginda bertitah kepada menteri dan hulubalang agar bersiapdan melengkapkan perahu-perahu dengan alatan perang kerana ia hendak melanggar negeri Kedah dan mengambil puteri yang berdarah putih itu dan membela keaibannya. Kelengkapan yang besar itu mengambil masa selama enam bulan dan pada ketika yang agak baik, angkatan perang Raja Acheh pun belayar menujuke Siputeh.
Hal kemaraan Raja Acheh itu telah diketahui oleh Sultan Sulaiman dan ia pun memerintahkan menteri dan hulubalangnya bersiap sedia menahan serangan Raja Acheh.
Apabila sampai angkatan Raja Acheh di Pering; suatu tempa berdekatan dengan Siputeh, mereka pun mengepung kota pertahanan yang terletakdi atas satu pulau kecil. Serangan itu dipertahankan oleh baginda Sultan dengan sekuat-kuatnya. Akhirnya, angkatan Raja Acheh terpaksa berundur semula ke Pering.Peperangan itu dalam keadaan bertahan sahaja kerana belum ada pihak yang menang atau kalah.
Tetapi dalam masa beberapa bulan sahaja, kota Siputeh tidak boleh bertahan lagi kerana makanan pun hampir habis dan orang-orang di dalam kota pun ramai yang telah mati dilanda penyakit dan kelaparan. Walaubagaimanapun, tiada sesiapa dibenarkan keluar daripada kota. Entah bagaimana, seorang perempuan terlepas keluar kerana hendak mencari makanan. Dalam perjalanannya, ia telah berjumpa dengan seorang hulubalang Acheh yang menyamar diri sebagai orang tua penangkap ikan. Ia pun menegur perempuan tersebut dan sewaktu berbual-bual, perempuan itu telah terkeluar rahsia keadaan sebenar didalam kota. Mendengar berita tersebut, hulubalang Acheh itu merasa sangatgembira.
Pada waktu subuh selepas peristiwa tersebut, orang-orang Acheh membuat satu serangan yang mengejutkan ke atas kota Siputeh. Orang-orang di dalam kota mempertahankan serangan itu berhabis-habisan tetapi akhirnya terpaksa mengaku kalah dengan kerana kebanyakan panglima yang handal telah terkorban dan luka parah.
Apabila pecah sahaja pintu kota, panglima perang Acheh terusmenuju ke Istana Raja kerana hendak mengambil puteri yang berdarah putih tersebut.
Tetapi malangnya telah terlewat kerana puteri itu telah ditanam hidup-hidup dengan perintah ayahandanya Sultan Sulaiman dan telah mangkat.
Maka, dengan kerana marahnya panglima Acheh di atasperbuatan itu, ia telah memerintahkan sekalian perempuan dan kanak-kanak yang ada di dalam kota itu dibunuh tetapi baginda Sultan Sulaiman dan permaisurinya ditangkap dan dibawa pulang ke Acheh.
Di sana, baginda Sultan dan permaisurinya telah dibicarakandan didapati bersalah lalu dijatuhkan hukuman bunuh.Siputeh diperintah oleh kerajaan Acheh selama beberapa tahuntetapi akhirnya, mereka telah dikalahkan dan diusir keluar. Setelah beberapa ratus tahun kemudian, penduduk Siputehtelah menemui dua buah kubur yang terletak di atas tanah tinggi cukup denganbatu nisan di Kampung Siputeh. Satu daripada batu nisan itu tertulis "SultanSulaiman" dan satu lagi "Siputeh". Bagi mengingati Puteri Siputeh yang bijaksana dan yang telahmenjadikan tempat ini masyhur dan makmur, para penduduk telah memberi namamukim ini "Siputeh" dan ditambah perkataan "Puteri LindunganBulan" selepas nama tersebut.Negeri Kedah pada zaman dahulu disebut sebagai "KedahLindungan Bulan" kemudian diubah kepada "Kedah Darul Aman".
Makam Puteri Lindungan Bulan |
No comments:
Post a Comment